INFO SJKC PEI CHUN DANGI
BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI
Monday, February 22, 2010
Pertandingan Kaligrafi Tahun 2010
Sekolah kami telah menganjurkan Pertandingan Kaligrafi pada 6 Februari 2010 sempena Tahun Baru Cina. Berikut adalah pemenang-pemenang Pertandingan Kaligrafi Tahun 4, 5 dan 6.
Labels:
Berita Pertandingan
Wednesday, February 10, 2010
Perhiasan Sekolah Sempena Tahun Baru Cina 2010
Kantin Sekolah
Koridor Laluan Penyayang
Bilik Darjah
( 10-2-2010 ) Atas sumbangan PIBG dan program sekolah penyayang, sekolah kami telah membeli banyak tanglug untuk menghias kawasan sekolah untuk mewujudkan suasana sekolah sempena Tahun Baru Cina ini.
Koridor Laluan Penyayang
Bilik Darjah
( 10-2-2010 ) Atas sumbangan PIBG dan program sekolah penyayang, sekolah kami telah membeli banyak tanglug untuk menghias kawasan sekolah untuk mewujudkan suasana sekolah sempena Tahun Baru Cina ini.
Tuesday, February 9, 2010
Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2010
(6-2-2010) Sekolah kami telah menganjurkan pelbagai program sempena Tahun Baru Cina. Antara program sekolah penyayang adalah mengadakan Pertandingan Kaligrafi (Thn 4, 5, 6), Pertandingan "chui mei" (Tahun 3) dan Pertandingan Mewarna (Prasekolah, Thn 1 & 2).
Selain itu, sekolah kami juga mengadakan aktiviti seperti mereka cipta bakul dan kad Tahun Baru Cina dengan menggunakan ang pow. Murid-murid juga mereka cipta topeng harimau sempena tahun harimau ini.
Murid-murid Tahap 2 telah membuat persembahan tarian Tahun Baru Cina dalam majlis penyampaian hadiah. Semua murid dan kakitangan sekolah juga diberikan ang pow dan limau sumbangan daripada seorang penjaga.
Monday, February 1, 2010
Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Dibuka Mulai Bulan Ini
(1-2-2010) Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dibuka semula mulai minggu ini. Berikut ialah pengawas perpustakaan yang dipilih pada tahun 2010. Guru Perpustakaan yang baru ialah Pn Lim Hong Ming. Ketua pengawas perpustakaan ialah Esther dan penolang pengawas perpustakaan ialah Wong Seik Yee.
Labels:
AKtiviti PSS
Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010
(28-1-2010) Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010 telah diadakan pada pukul 8-10 malam. Semua Ahli Jawatankuasa dikekalkan seperti yang lepas kecuali Setiausaha PIBG.
Mesyuarat Agung Badan Beruniform Permainan dan Persatuan
(20-1-2010) Aktiviti Kokurikulum telah dimulakan mulai minggu ini. Setiap Badan Beruniforam, Persatuan dan Kelab telah mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan.
Labels:
Aktiviti Ko-kurikulum
Kawad Kecemasan Dan Kebakaran Kali 1 Tahun 2010
(27-1-2010) Pada pukul 11.05am, sekolah kami telah mengadakan latihan kawad kecemasan dan kebakaran.
Labels:
Aktiviti Tahunan
Subscribe to:
Posts (Atom)