INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Tuesday, January 25, 2011

Siaran Lagu Sempena Tahun Baru Cina 爱新年传情达意点唱

Sempena Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah melantik murid-murid selaku DJ Sekolah untuk aktiviti Siaran Lagu Sempena Tahun Baru Cina. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyampaikan ucapan murid bersama lagu yang dipilih kepada guru-guru dan juga kawan-kawan. Aktiviti ini telah mendapat sambutan baik dari semua.

Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kaligrafi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2011

Nikmatilah video ini untuk merasakan suasana di sekolah kami sebelum Tahun Baru Cina.

PERHIASAN TAHUN BARU CINA 年景布置

Sempena Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah menghiaskan sekolah supaya kelihatan kemerahan. Suasana Tahun Baru Cina telah dirasai semua.

POKOK HAJAT SEKOLAH

Semua warga sekolah telah menuliskan hajat di atas kain merah dan digantungkan di atas pokok hajat. Hajat-hajat dikepilkan burung-burung supaya impian dapat ditunaikan. Semoga Tuhan berkati semua!


Monday, January 24, 2011

Projek Anak Angkat Tahun 2011

Murid-murid Tahun 6 telah mengambil gambar bersama "ibu angkat" dan "bapa angkat" mereka. Semoga mereka mendapat keputusan yang baik dalam UPSR dengan adanya sokongan daripada ibu bapa angkat mereka.

Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kaligrafi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2011

Sempena Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan kaligrafi bagi guru-guru dan murid Tahun 4-6, pertandingan "chui mei" bagi murid Tahun 2 & 3, pertandingan mewarna bagi murid prasekolah & Tahun 1. Berikut ialah pemenang-pemenangnya.
Pemenang-pemenang Kategori Guru
Pemenang-pemenang Murid Tahun 6
Pemenang-pemenang Murid Tahun 5
Pemenang-pemenang Murid Tahun 4
Pemenang-pemenang Murid Tahun 3
Pemenang-pemenang Murid Tahun 2
Pemenang-pemenang Murid Tahun 1
Pemenang-pemenang Murid Prasekolah

Perlantikan Pengawas Perpustakaan Tahun 2011

Pengawas Perpustakaan Tahun 2011 telah dilantik. Diharapkan semua Pengawas Perpustakaan menunaikan amanah mereka dalam memastikan operasi perpustakaan berjalan dengan lancar.

Perlantikan Pengawas Sekolah Tahun 2011

Pengawas Sekolah Tahun 2011 telah dilantik. Che Wen Suet telah dilantik sebagai ketua pengawas pada tahun ini.

Friday, January 21, 2011

Taman Penyayang

Guru-guru dan murid-murid bekerjasama mencantikkan taman penyayang. Semoga usaha guru dan murid membolehkan tanaman di taman penyayang ini tumbuh dengan suburnya.


Mereka Cipta Kad Tahun Baru Cina

Murid Tahun 1 telah mereka cipta kad Tahun Baru Cina. Lihatlah arnab-arnab yang direka oleh mereka, comel betul!

Thursday, January 20, 2011

AJK Badan Beruniform Sekolah Tahun 2011

Pemilihan AJK baru Badan Beruniform Sekolah Tahun 2011 telah diadakan. Guru-guru Penasihat telah mengambil gambar bersama semua AJK.

Aktiviti Menyambut Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina, murid-murid telah mereka cipta kad Tahun Baru Cina untuk dihadiahkan kepada guru-guru, ibu bapa dan kawan-kawan. Penghasilan kad ucapan yang terbaik dari setiap kelas akan diberikan hadiah.

Perlantikan AJK Kitar Semula

Pihak sekolah telah memilih AJK Kitar Semula dari setiap kelas. Tugas mereka adalah mengumpulkan bahan kitar semula yang terdapat di dalam kelas.

Monday, January 10, 2011

Program Bacaan Pagi Tahun 2011

Pihak sekolah meneruskan program bacaan pagi pada Tahun 2011. Setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis, murid-murid akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk bacaan bersama-sama. Murid-murid dibahagi kepada 2 kategori, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Diharapkan murid-murid dapat memupuk minat membaca melalui program ini.

Perhimpunan Pagi Tahun 2011

Pada 3 Januari 2011 merupakan hari pertama persekolahan bagi Tahun 2011. Guru Besar telah memberi nasihat kepada semua murid supaya menjadi murid yang baik dalam tahun yang baru.

Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi Tahun 2011

Murid-murid Prasekolah dan Tahun 1 telah membuat pendaftaran kemasukan sekolah bagi Tahun 2011. Semoga murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam suasana belajar yang baru.

LDP KSSR Tahun 2011

Guru-guru telah memberi LDP tentang kursus KSSR bagi semua mata pelajaran Tahun 1.

Mesyuarat Guru Tahun 2011

Pada 27 Disember 2010, pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat guru kali pertama bagi Tahun 2011 untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah sebelum mula persekolahan. Diharapkan semua aktiviti yang dilancarkan pada awal tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity