INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Sunday, April 29, 2012

Pemantauan KSSR Dari KPM

Pegawai KPM telah membuat pemantauan tentang KSSR di sekolah kami.

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1

Murid-murid Tahun 1 telah diberikan suntikan dan diberikan ceramah tentang penjagaan badan dan kesihatan diri.

Wednesday, April 25, 2012

Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Bercerita Bahasa Inggeris 2012

Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Bercerita Bahasa Inggeris telah diadakan pada 25 April 2012. Semua peserta telah menunjukkan bakat masing-masing.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Hari Buku Sedunia -Program Suka Membaca

( 23-4-2012 )Membaca ilmu suluh hidup. Marilah kita sama-sama membaca!



Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Pilah

Dini dan Sin Chai Hong telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Friday, April 20, 2012

Bengkel Pembinaan & Pemurnian Blog Panitia

Tarikh : 20-4-2012
Masa : 2.00pm -3.00pm
Tempat : Makmal Komputer SJKC PEI CHUN DANGI
Penceramah : Pn Lee Pauy Lian
Peserta : Semua guru


Friday, April 13, 2012

Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kuala Pilah

Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Kuala Pilah telah diadakan di sekolah kami pada 13 April, jam 3 petang.


Pemantauan Dari PPD Kuala Pilah

Pegawai PPD telah datang ke sekolah kami untuk membuat pemantauan pada 12 April. Selepas pemantauan, pegawai PPD membuat perbincangan dengan guru-guru dan semua ketua panitia.



Pertandingan Mengarang Tahap 1 & 2 Daerah Kuala Pilah

Hwang Shi Qing telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Mengarang Tahap 1 manakala Sin Chai Hong telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Mengarang Tahap 2. Mereka berdua telah diberikan sijil penyertaan.

Pemantauan Dari JPNS

Selepas Saringan Khas LINUS dijalankan, pegawai JPNS telah datang ke sekolah kami untuk memantau keputusan saringan dan memastikan semua murid Tahun 3 telah melepasi saringan tersebut.

Minuman Milo Untuk Murid Datang Lagi !

Gembiranya semua murid kerana mendapat minuman Milo percuma sekali lagi. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan.

Sunday, April 1, 2012

Karnival Bahasa Cina Sekolah Rendah Daerah Kuala Pilah Tahun 2012

Karnival Bahasa Cina Sekolah Rendah Daerah Kuala Pilah Tahun 2012 telah diadakan di sekolah kami pada 31 Mac 2012. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan dalam karnival ini, iaitu mendeklamasi sajak, bercerita dan kaligrafi.

Wakil sekolah kami yang terdiri daripada Lee Wan Jing, Fatin Izzati, Look Sao Nam dan Hwang Shi Qing telah mendapat tempat ketiga dalam kategori mendeklamasi sajak. Tahniah!

Sin Chai Hong telah mendapat naib johan dalam kategori bercerita. Syabas!

Foo Yen Ni telah mendapat sagu hati dalam kategori Kaligrafi Kumpulan A.

Lim Yuen Xuan dan Ng Zhe Yin telah mendapat sagu hati dalam kategori Kaligrafi Kumpulan B.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity