INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Friday, August 21, 2009

PERHIMPUNAN HARI KEBANGSAAN 2009


Pada 21 Ogos 2009, pihak sekolah telah mengadakan perhimpunan sempena Hari Kebangsaan. Semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan untuk menyanyi lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Thursday, August 20, 2009

PROGRAM SENAM SENI 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 52

(16-8-2009) Murid sekolah kami yang bernama Liong Maggie telah menyertai Program Senam Seni 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 anjuran Rukun Tetangga Pekan Dangi. Adik Liong Maggie telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Menghias Basikal.

Friday, August 14, 2009

Penyertaan Program 1 Malaysia Bandarayaku Peringkat NS


Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid, iaitu Chin Pek Keong dan Wee Mei Qian untuk menyertai Program 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Terengganu selama 6 hari 5 malam pada 8-13 Ogos 2009. Program ini melibatkan murid-murid miskin yang terpilih dari SMM.

Wednesday, August 12, 2009

PERTANDINGAN MEWARNA / MELUKIS KHAT JAWI MERDEKA TAHUN 2009









(11-8-09) Cikgu Ong telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai Pertandingan Mewarna / Melukis Khat Jawi Merdeka Tahun 2009 di Muzium Diraja Seri Menanti. Karrtiik (Tahun 1) dan Tong Jian Xin (Tahun 2) telah mendapat sagu hati bagi kategori Tahap 1 manakala Teoh Yi Han mendapat sagu hati bagi kategori Tahap II.

Wednesday, August 5, 2009

Penggredan PSS Tahun 2009











(5-8-09) Pada pagi ini, En Shafi'e Bin Diron (Pegawai Teknologi Pendidikan) dari PKG Johol telah datang ke sekolah kami untuk membuat penggredan PSS. Pn. Lee Pauy Lian selaku Guru Perpustakaan dan Media telah menjemput En. Shafi'e pergi ke perpustakaan untuk membuat pemantauan tentang dokumen PSS.

Monday, August 3, 2009

Program Sekolah Penyayang - Majlis Penyampaian Hadiah Kemajuan

Pada 29 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Kemajuan kepada murid-murid yang menunjukkan kemajuan dalam peperiksaan yang lepas. Murid-murid telah mendapat pingat yang disumbangkan oleh MCA.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity