INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Wednesday, June 30, 2010

Pertandingan Ujian Bertulis BM untuk SJKC & SJKT Peringkat NS


(26-6-2010) Cikgu Tong Pee Yinn telah membawa dua orang murid Tahun 6 untuk menyertai Pertandingan Ujian Bertulis BM untuk SJKC & SJKT Peringkat NS. Mereka ialah Esther dan Melisa. Mereka telah mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut.

Sunday, June 27, 2010

Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

( 26 Jun 2010 ) Sebanyak 15000 orang guru telah menyertai Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban. Perhimpunan ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru kerana berusaha mendidik anak murid pada hari ini.

Wednesday, June 23, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Dun Johol 2010

(22 JUN 2010) Sambutan Hari Guru Peringkat Dun Johol telah diadakan di Dewan Orang Ramai Renggoh pada pukul 3 petang.


Guru Besar, En Kok Kun Sun menerima sijil daripada YB. Dato Roslan Md. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johol NSDK.

Tuesday, June 22, 2010

Program Membaca Suratkhabar


Mulai Bulan Jun, pada setiap Hari Rabu, sekolah kami akan mendapat 14 naskah "Mingguan Pelajar Nanyang". Akhbar tersebut didermakan oleh seorang Guru Besar yang telah bersara. Akhbar tersebut akan diberi kepada semua murid Tahun 6. Isi kandungan akhbar tersebut amat bermanfaat kepada murid-murid Tahun 6 kerana terdapat banyak latihan berbentuk UPSR.

Minggu Bahasa Cina

( 20-6-2010 ) Panitia Bahasa Cina telah mengadakan beberapa aktiviti dalam minggu Bahasa Cina (24-5-2010 hingga 25-5-2010 ). Berikut ialah pemenang-pemenang dalam aktiviti Minggu Bahasa Cina.



Tuesday, June 8, 2010

The Best Is Yet To Be 还能更精彩爱心展览会 Pameran Program Penyayang

Slide show ini memaparkan hasil kerja dan titik peluh murid bersama guru daripada 50 buah sekolah penyayang. Harap anda semua menikmati hasil kerja murid yang begitu kreatif dan menarik.

Kursus Program Penyayang "The Best Is Yet To Be" 还能更精彩爱心展览会


( 5 Jun 2010 - 7 Jun 2010 ) En Kok Kun Sun (Guru Besar), Pn Liew Kim Fong (GPK I), Pn Lee Pauy Lian, En Low Wee Meng dan Pn Lim Hong Ming telah menghadiri kursus program penyayang di Pearl International Hotel Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Terdapat 50 buah sekolah penyayang menyertai program ini. Setiap sekolah menghantar 5 orang guru, termasuk guru besar untuk menyertai kursus tersebut. Setiap sekolah telah mempamerkan hasil kerja murid dan laporan penyayang di sudut pameran penyayang. Timbalan Menteri Pelajaran telah merasmikan pameran tersebut dan menyampaikan sijil kehadiran dan cenderahati kepada Guru Besar. Selain itu, pihak penganjur telah menjemput seorang Guru Besar yang berpengalaman dari negara China untuk memberi ceramah kepada sekolah penyayang.

The Best Is Yet To Be

Semasa berkursus di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, Guru Besar telah menyampaikan suara hati beliau tentang program penyayang. Pn Lee Pauy Lian dan En Low Wee Meng juga telah memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah kami di bawah program sekolah penyayang.

Monday, June 7, 2010

Jamuan Malam Sempena Hari Guru 2010尊师宴


( 4-6-2010 ) Pada pukul 8.00pm, pihak LPS dan PIBG sekolah kami telah menjemput semua guru menghadiri jamuan malam sambutan Hari Guru Tahun 2010. Jamuan pada malam ini mendapat sambutan baik daripada warga Dangi untuk memeriahkan suasana pada malam ini.

Sambutan Hari Jadi Guru Besar


( 4-6-2010 ) Hari Jadi Guru Besar, En Kok Kun Sun, jatuh dalam cuti penggal I. Oleh itu, sebelum cuti penggal I bermula, pihak sekolah telah menyambut Hari Jadi Guru Besar. Selamat Hari Jadi kepada Guru Besar. Semoga Guru Besar sentiasa sihat!

Hari Ibu Bapa


(2-6-10) Pada pukul 2.30 petang ini, sekolah kami telah mengadakan Hari Ibu Bapa. Semua ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menerima rekod kemajuan anak mereka. Terlebih dahulu, semua ibu bapa berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh GPK I, Pn Liew Kim Fong. Kemudian, ibu bapa pun berjumpa dengan guru kelas untuk berbincang tentang keputusan anak mereka dalam Ujian Penggal I. Kehadiran ibu bapa pada hari ini amat memuaskan. Terdapat juga ibu bapa yang memuji anak mereka yang mendapat keputusan yang baik. Harap ibu bapa dan guru berganding bahu untuk meningkatkan keputusan murid.

Wednesday, June 2, 2010

Hari Guru 2010

Melawat Rumah Anak Yatim



(26-5-2010) Cikgu Low Wee Meng telah membawa murid-murid Tahun 5 dan 6 melawat ke rumah anak yatim di Kuala Pilah dan menderma wang kepada mereka. Wang tersebut adalah sumbangan daripada semua warga sekolah.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity