INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, October 26, 2009

Perkhemahan Badan Beruniform Tahun 2009



Pada 23-24 Oktober 2009, sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Sebanyak 43 orang murid bersama 12 orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam perkhemahan tersebut, termasuk masakan hutan, camp fire, BBQ, kawad kaki, ikatan gadjet, balutan dan sebagainya.

Aktiviti Membuat Lemang



(23-10-09) Murid-murid Tahun 6 bersama guru-guru belajar membuat lemang dalam Perkhemahan Badan Beruniform. Encik Omar telah memberi tunjuk ajar kepada kami.

Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Pencegahan Dadah



(8-10-09) Panitia Pendidikan Seni dan unit HEM telah bergabung mengadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Pencegahan Dadah. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori pertama terdiri daripada murid-murid Tahun 1 & 2 (Mewarna Poster), kategori kedua terdiri daripada murid-murid Tahun 3 & 4 (Mewarna Poster) dan kategori ketiga terdiri daripada murid-murid Tahun 5 & 6 (Melukis Poster).

Pertandingan Bola Keranjang Tahun 2009



(23-10-09) Pertandingan Bola Keranjang telah diadakan mengikut 3 rumah, iaitu Rumah Biru, Kuning dan Merah. Johan dimenangi oleh Rumah Kuning.

Kuiz Sains dan Matematik


(7-10-09) Panitia Matematik dan Panitia Sains bergabung mengadakan Kuiz Sains dan Matematik. Pertandingan ini bermula pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm. Murid-murid dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu Tahap I dan Tahap II .

Monday, October 5, 2009

Sambutan Hari Kanak-kanak dan Pertandingan Menyanyi Karaoke
















(1-10-09) Sempena Sambutan Hari kanak-kanak, pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Menyanyi Karaoke bagi murid-murid Prasekolah hingga Tahun 6. Setiap peserta telah menunjukkan bakat masing-masing.

Pesta Tanglung - Pertandingan Mereka Cipta Tanglung

(30-9-09) Sekolah kami telah mengadakan Pertandingan Mereka Cipta Tanglung pada pagi ini. Semua murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Berikut ialah pemenang-pemenang bagi Pertandingan Mereka Cipta Tanglung mengikut kelas masing-masing:

Pemenang-pemenang bagi Prasekolah:
Pemenang-pemenang bagi Tahun 1 dan 2:

Pemenang-pemenang bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6:

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN



(21-9-2009) Latihan dalam Perkhidmatan tentang Kursus Ikatan Tradisional Cina dan Gunting Kertas Tradisional Cina, Latihan Penggunaan Alat-alat Makmal Komputer dan Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran telah dijalankan untuk semua guru. Guru-guru telah mempamerkan hasil kerja mereka.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity