INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Wednesday, April 20, 2011

Bengkel Pemurnian Blog PSS Fasa 2

(20 Apr 2011) Cikgu Lee Pauy Lian, Guru PSS telah menghadiri Bengkel Pemurnian Blog PSS di PKG Johol.

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah



(16-4-2011) Che Wen Suet telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Latihan Dalaman Bengkel Kampus Astro Fasa 2



(15 Apr 2011) Guru Astro, Cik Lim Kwee Fang telah menghadiri Bengkel Kampus Astro Fasa 2 pada 6 Apr 2011. Pada petang ini, Cikgu Lim telah memberikan latihan dalaman kepada semua guru. Beliau memberi penerangan tentang cara untuk melayari siaran Astro dengan menggunakan alat kawalan jauh (remove control), cara-cara merakamkan rancangan dari saluran astro dan mengekalkan siaran rancangan kesukaan.

Wednesday, April 13, 2011

Latihan Dalaman EduwebTV

Guru-guru telah diberi Latihan Dalaman EduwebTV supaya guru-guru dapat memanfaatkan penggunaan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid-murid juga dapat menambah ilmu pengetahuan melalui EduwebTV.

Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2011

Sekolah kami telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2011.

Tuesday, April 12, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan - Pendedahan Penggunaan ICT

Pada 9 April 2011, sekolah kami telah menjalankan LDP tentang Pendedahan Penggunaan ICT. Diharapkan melalui LDP ini, guru-guru dapat menggunakan perisian tertentu dengan baik.

Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah 2011

Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 telah menyertai Action Song Competition Peringkat Daerah Kuala Pilah 2011.

Thursday, April 7, 2011

Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2011

Sekolah kami telah menghantar sepasukan penari yang terdiri daripada 10 orang murid untuk menyertai Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2011. Persembahan murid yang menarik telah mendapat komen baik daripada pengadil. Tarian Tradisional Cina

Tarian Melayu

Pertandingan Bercerita BM Tahap 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah

Hwang Shi Qing telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita BM Tahap 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Penyertaan Program Integrasi Sekolah Rendah Pendidikan Luar Melahirkan Budaya Cemerlang & Pendidikan Alam Semula Jadi Peringkat Negeri Sembilan 2011

Sin Chai Hong dan Leow Jia Soon telah menyertai Program Integrasi Sekolah Rendah Pendidikan Luar Melahirkan Budaya Cemerlang & Pendidikan Alam Semula Jadi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011.

Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis BM SJKC & SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Daerah Kuala Pilah Tahun 2011

Sin Chai Hong telah mendapat Tempat Pertama dalam Pertandingan Syarahan BM SJKC & SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Daerah Kuala Pilah Tahun 2011. Tahniah diucapkan!

Lei Yi telah mendapat Tempat Kelima dalam Ujian Bertulis BM SJKC & SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Daerah Kuala Pilah Tahun 2011.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity