INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Thursday, July 29, 2010

Ceramah Motivasi Untuk Guru-Guru SJKC Kuala Pilah


( 28-7-2010 ) En. Liew Weng Kong telah memberi ceramah motivasi kepada guru-guru SJKC Kuala Pilah. Tujuan motivasi ini adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan gembira dan penuh kasih sayang. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan gembira.

Minuman Milo Percuma Sumbangan Nestle


Nestle telah datang ke sekolah kami dan memberi minuman Milo percuma kepada semua murid.

Bulan Kecergasan


Sempena Bulan Kecergasan, pihak sekolah telah menjalankan senamrobik pada awal pagi. Semua guru dan murid bersama-sama membuat senamrobik. Diharapkan melalui program ini, murid-murid akan mementingkan kesihatan diri dan sentiasa membuat senaman.

Majlis Perasmian Program " Local Lagenda " Majlis Daerah Kuala Pilah 2010


( 27 Jul 2010 ) Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Peringkat Sekolah Rendah Sempena Program LA 21 Majlis Daerah Kuala Pilah 2010. Sekolah kami telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan tersebut. Pn. Lee Pauy Lian telah mewakili Guru Besar untuk menerima hadiah.

Menyambut Hari Jadi Guru Bagi Bulan Julai


Pihak sekolah telah menyambut hari jadi guru bagi bulan Julai. Selamat Hari Jadi kepada Gikgu Lim Hong Ming, Cikgu Tong Pee Yinn dan Cikgu Lim Chin Nah.

Thursday, July 22, 2010

Minggu PSS



(16-7-2010) Sekolah kami telah mengadakan Minggu PSS sepanjang minggu ini. Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan Matematik bertulis, Pertandingan ICT, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan Mereka Bentuk. Selain itu, PSS juga mengadakan pelbagai pameran seperti pameran hasil kerja murid dan pameran buku baru. Aktiviti jualan juga diadakan dan telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid.

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH SEMPENA PROGRAM LA 21 MAJLIS DAERAH KUALA PILAH 2010



Majlis Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Peringkat Sekolah Rendah Sempena Program La 21 Majlis Daerah Kuala Pilah 2010 bermula pada 30 Jun 2010 ( Isnin ) hingga 20 Julai 2010 ( Jumaat ). Sekolah kami telah menyertai program tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa dan murid-murid. Diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat menyemai nilai cintai alam sekitar.

Wednesday, July 7, 2010

Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid Bagi Bulan Jun dan Julai



Pihak sekolah telah memberi hadiah kepada guru-guru dan murid-murid yang hari jadi jatuh pada bulan Jun dan Julai.

Promosi PSS



( 28-6-2010 ) PSS Sekolah telah mengadakan aktiviti Promosi PSS. Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan aktiviti Mengenali Galeri Sejarah Sekolah. Aktiviti-aktiviti minggu ini termasuk pameran photo dari dulu hingga kini, mengenali tempat bersejarah di Dangi dan sejarah sekolah. Selain itu, pertandigan buku skrap juga diadakan untuk murid tahun 4 hingga 6.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity