INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, February 22, 2010

Jamuan Mesra antara AJK LPS, PIBG dan Kakitangan Sekolah Sempena Tahun Baru Cina

Lembaga Pengurus Sekolah telah menganjurkan satu jamuan untuk merapatkan hubungan antara ahli LPS, PIBG, dan kakitangan sekolah sempena Tahun Baru Cina. Semua kakitangan sekolah juga mendapat "angpau" sebagai tanda penghargaan.



Pihak sekolah telah menjemput Penyelia Bahasa Cina dan bekas Guru Besar untuk menikmati jamuan mesra ini.
Gembiranya semua kakitangan sekolah selepas mendapat "angpau".

Aktiviti Sempena Tahun Baru Cina

Lihatlah persembahan dan gaya guru serta murid-murid semasa Pertandingan Kaligrafi sempena Tahun Baru Cina.

Persembahan Tarian Sempena Tahun Baru Cina

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, murid-murid telah mempersembahkan satu tarian yang menarik di bawah Program Sekolah Penyayang.

Program Sekolah Penyayang Sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina, satu program di bawah Program Sekolah Penyayang telah dijalankan. Pihak sekolah telah memberikan buah limau kepada semua warga sekolah termasuk guru, staf sekolah dan murid.

Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Mewarna bagi murid Prasekolah, Tahun 1 dan 2. Berikut adalah pemenang-pemenangnya.

Pertandingan Kaligrafi Tahun 2010

Sekolah kami telah menganjurkan Pertandingan Kaligrafi pada 6 Februari 2010 sempena Tahun Baru Cina. Berikut adalah pemenang-pemenang Pertandingan Kaligrafi Tahun 4, 5 dan 6.

Wednesday, February 10, 2010

Perhiasan Sekolah Sempena Tahun Baru Cina 2010

Kantin Sekolah
Koridor Laluan Penyayang
Bilik Darjah

( 10-2-2010 ) Atas sumbangan PIBG dan program sekolah penyayang, sekolah kami telah membeli banyak tanglug untuk menghias kawasan sekolah untuk mewujudkan suasana sekolah sempena Tahun Baru Cina ini.

Tuesday, February 9, 2010

Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2010



(6-2-2010) Sekolah kami telah menganjurkan pelbagai program sempena Tahun Baru Cina. Antara program sekolah penyayang adalah mengadakan Pertandingan Kaligrafi (Thn 4, 5, 6), Pertandingan "chui mei" (Tahun 3) dan Pertandingan Mewarna (Prasekolah, Thn 1 & 2).

Selain itu, sekolah kami juga mengadakan aktiviti seperti mereka cipta bakul dan kad Tahun Baru Cina dengan menggunakan ang pow. Murid-murid juga mereka cipta topeng harimau sempena tahun harimau ini.

Murid-murid Tahap 2 telah membuat persembahan tarian Tahun Baru Cina dalam majlis penyampaian hadiah. Semua murid dan kakitangan sekolah juga diberikan ang pow dan limau sumbangan daripada seorang penjaga.

Monday, February 1, 2010

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Dibuka Mulai Bulan Ini


(1-2-2010) Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan dibuka semula mulai minggu ini. Berikut ialah pengawas perpustakaan yang dipilih pada tahun 2010. Guru Perpustakaan yang baru ialah Pn Lim Hong Ming. Ketua pengawas perpustakaan ialah Esther dan penolang pengawas perpustakaan ialah Wong Seik Yee.

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010


(28-1-2010) Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2010 telah diadakan pada pukul 8-10 malam. Semua Ahli Jawatankuasa dikekalkan seperti yang lepas kecuali Setiausaha PIBG.

Mesyuarat Agung Badan Beruniform Permainan dan Persatuan


(20-1-2010) Aktiviti Kokurikulum telah dimulakan mulai minggu ini. Setiap Badan Beruniforam, Persatuan dan Kelab telah mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan.

Kawad Kecemasan Dan Kebakaran Kali 1 Tahun 2010




(27-1-2010) Pada pukul 11.05am, sekolah kami telah mengadakan latihan kawad kecemasan dan kebakaran.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity