(6-2-2010) Sekolah kami telah menganjurkan pelbagai program sempena Tahun Baru Cina. Antara program sekolah penyayang adalah mengadakan Pertandingan Kaligrafi (Thn 4, 5, 6), Pertandingan "chui mei" (Tahun 3) dan Pertandingan Mewarna (Prasekolah, Thn 1 & 2).
Selain itu, sekolah kami juga mengadakan aktiviti seperti mereka cipta bakul dan kad Tahun Baru Cina dengan menggunakan ang pow. Murid-murid juga mereka cipta topeng harimau sempena tahun harimau ini.
Murid-murid Tahap 2 telah membuat persembahan tarian Tahun Baru Cina dalam majlis penyampaian hadiah. Semua murid dan kakitangan sekolah juga diberikan ang pow dan limau sumbangan daripada seorang penjaga.
No comments:
Post a Comment