INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Sunday, October 31, 2010

Program Lepas UPSR - Membuat Lemang

Murid-murid Tahun 6 telah membuat lemang sebagai salah satu aktiviti lepas UPSR. Guru Besar, guru-guru dan pekerja sekolah turut serta membuat lemang. Lemang yang dibuat juga digunakan dalam perkhemahan badan beruniform.


Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Keranjang dan Ping Pong

Permainan Bola Keranjang dan Ping Pong telah menganjurkan pertandingan antara pasukan rumah. Pemenang-pemenang telah diberi pingat sebagai hadiah.

Ceramah Yakult

Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah tentang Yakult. Murid-murid didedahkan kebaikan meminum Yakult.

Ceramah Membuat Baja Organik

Pihak sekolah telah menjemput bekas Guru Besar SJKC Chung Hua Kuala Pilah untuk memberi ceramah tentang cara-cara membuat baja organik. Tanaman sayur yang menggunakan baja organik adalah lebih subur dan enak. Guru-guru dan ibu bapa telah mendapat manfaat melalui ceramah tersebut.

Friday, October 15, 2010

Hari Kanak-kanak - Pertandingan Menyanyi Karaoke

(15-10-2010) Sekolah kami telah menyambut Hari Kanak-kanak pada hari ini. Pertandingan Menyanyi Karaoke telah diadakan. Setiap peserta telah membuat persembahan yang menarik dan menyanyi dengan merdu. Berikut ialah pemenang-pemenangnya:



Pemenang-pemenang Prasekolah

Pemenang-pemenang Tahun 1

Pemenang-pemenang Tahun 2

Pemenang-pemenang Tahun 3

Pemenang-pemenang Tahun 4

Pemenang-pemenang Tahun 5

Pemenang-pemenang Tahun 6

Majlis Penyampaian Kemajuan Akademik


Pihak sekolah telah memberi pingat kepada murid-murid yang menunjukkan kemajuan dalam akademik. Semoga murid-murid akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Friday, October 8, 2010

Pertandingan Ping Pong


(6-10-2010) Pertandingan Ping Pong antara rumah sukan telah diadakan pada petang ini. Semua peserta bermain dengan bersemangat.

Saturday, October 2, 2010

Pertandingan Bola Keranjang Tahun 2010



(29-9-10) Pertandingan Bola Keranjang antara 3 rumah, iaitu Rumah Biru, Kuning dan Merah telah diadakan. Pasukan Perempuan dimenanagi oleh Rumah Kuning, manakala Pasukan lelaki dimenangi oleh Rumah Merah.

PROGRAM LEPAS UPSR - MELUKIS MURAL


Murid-murid Tahun 6 telah menjalankan Program Selepas UPSR, iaitu melukis mural. Lihatlah hasil kerja guru bersama murid.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity