INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, September 19, 2011

Perhimpunan Khas Hari Malaysia

Sempena Hari Malaysia, perhimpunan khas telah diadakan di sekolah. Setiap warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan murid-murid dapat disemai semangat patriotik melalui perhimpunan khas ini.

Tuesday, September 13, 2011

Pesta Tanglung Tahun 2011

Pesta Tanglung 2011

Pada 9 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan Pesta Tanglung. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya adalah pertandingan mewarna yang terbuka kepada kanak-kanak bawah 7 tahun, teka-teki, pertandingan karaoka dan lain-lain lagi. Pesta Tanglung tersebut telah berjalan dengan lancar.


Wednesday, September 7, 2011

Pertandingan Mereka Cipta Tanglung Tahun 2011

Sempena pesta tanglung, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan mereka cipta tanglung. Murid-murid digalakkan mereka cipta tanglung bersama ahli keluarga mereka. Berikut ialah pemenang-pemenangnya.
Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Penggredan PSS Tahun 2011

(7-9-2011) Hari ini, En Shafi'e Bin Diron (Pegawai Teknologi Pendidikan) dari PKG Johol telah datang ke sekolah kami untuk membuat penggredan PSS. Guru PSS, Pn. Lee Pauy Lian telah memberi penerangan sepanjang pemantauan dijalankan.

Sambutan Hari Jadi Guru dan Murid Bulan Ogos

Guru-guru dan murid-murid yang hari jadi jatuh pada bulan Ogos telah diberikan satu botol air sebagai hadiah hari jadi. Selamat Hari Jadi!

Mesyuarat PIBG Tahun 2011

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 25 Ogos 2011. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada hujung tahun ini.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity