INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Thursday, July 30, 2009

Program Sekolah Penyayang - Lawatan ke Melaka

( 25-7-2009 ) Semua guru dari 5 buah sekolah penyayang di Negeri Sembilan bersama-sama menyertai rombongan lawatan ke SJKC Ping Ming Melaka.

Saturday, July 25, 2009

Program 1 Malaysia










(24-7-09) Cikgu Choong Yee Ming telah mengiringi 9 orang murid Tahun 5 untuk menyertai Program 1 Malaysia di Kem Pusako Batu Kikir. Mereka berkhemah di sana selama 4 hari 3 malam, iaitu dari 21-24 Julai 2009.

Tuesday, July 21, 2009

Minggu PSS 13-7-2009 hingga 17-7-2009



Pada 13-17 Julai 2009, PSS sekolah telah mengadakan Minggu PSS. Aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini termasuk Pertandingan Bercerita Bahasa Cina dan Bersyarahan Bahasa Cina, Pameran Hasil Kerja Murid, Pameran BBM, Aktiviti Jualan, dan Pameran Buku Baru. Selain itu, GPM juga mengambil gambar staf sekolah, kelas, persatuan, permainan dan badan beruniform sebagai kenangan.

Pembinaan Bangunan Bilik Darjah Baru


Pembinaan bangunan bilik darjah baru telah bermula pada bulan Julai 2009. Sejak tahun 2006 ( bulan Mac ), sebuah bangunan yang mengandungi 5 buah bilik darjah telah diisytiharkan sebagai Bangunan Tidak Selamat. Pada masa itu, semua murid terpaksa berpindah ke dewan yang telah diubahsuai sebagai bilik darjah sementara untuk murid. Namun begitu, bangunan tersebut telah dirobohkan pada tahun 2008 ( bulan Jun ). Kini, bangunan tersebut telah dibina semula.

TAKLIMAT H1N1 & PAMERAN KESIHATAN


Pada 13-7-2009, jururawat-jururawat dari Hospital Kuala Pilah datang ke sekolah kami untuk memberi taklimat tentang pencegahan H1N1. Mereka juga mengajar murid tentang cara mencuci tangan dan cara memakai penutup mulut (mask).

Selain itu, sekolah kami juga mengadakan Pameran Kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang pencegahan penyakit.

Monday, July 13, 2009

Majlis Sambutan Hari Guru SJKC Pei Chun Dangi Tahun 2009


Pada 11 Julai 2009 jam 7.00 malam, semua warga sekolah SJKC Pei Chun Dangi bersama dengan penduduk-penduduk di Dangi telah menyambut Hari Guru SJKC Pei Chun Dangi Tahun 2009 di Dewan Desa Dangi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Hassan Bin Malek .

Aktiviti Sempena Bulan Kecergasan


Pada setiap hari Jumaat bulan Jun dan Julai, semua warga sekolah akan membuat senaman aerobik selama 25 minit, iaitu mulai 7.20am hingga 7.45am. Selain itu, sekolah kami akan menjalankan beberapa aktiviti yang lain sempena Bulan Kecergasan.

Pertandingan Bersyarahan dan Ujian Bertulis BM Piala Perpaduan Peringkat Daerah Kuala Pilah


(2-7-2009) Sekolah kami telah menghantar 3 orang peserta untuk menyertai Pertandingan Bersyarahan dan Ujian Bertulis BM Piala Perpaduan Peringkat Daerah Kuala Pilah. Teoh Yi Ling telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bersyarahan BM dan berjaya mendapat tempat ketiga manakala Teoh Yi Han dan Melisa Ng Peter pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Ujian Bertulis BM.

Saturday, July 4, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG TIMBALAN MENTERI PELAJARAN

(3-7-2009) Penyelia-penyelia Sekolah Cina dan Guru Besar dari lima buah Sekolah Penyayang Negeri Sembilan telah bermesyuarat di sekolah kami.

Baris Pertama : En Goh Teck ( Unit Kurikulum JPNS ), Pn Er San San
( Unit Kurikulum JPNS ), En Chew Kong Chai ( Unit Sekolah Rendah JPNS ), dan En Wong Ah Tin ( PPD Seremban ).
Baris Kedua : Puan Kan Siow Kuan ( Guru Besar SJKC Sino English ), Pn Leong Yaw Thye ( Guru Besar SJKC Kg Baru Broga ), Pn Teo Bee Lian ( Guru Besar SJKC Min Shing Labu ), En Kok Kun Sun ( Guru Besar SJKC Pei Chun Dangi ), dan En Lee Sum Yin ( Guru Besar SJKC Kg Baru Sg Nipah ).


Ceramah Motivasi
Sekolah kami telah mengadakan Ceramah Motivasi pada 24 Jun 2009 mulai 2.30pm hingga 4.30pm. Ceramah tersebut disampaikan oleh penceramah bernama Alex Ng. Sasaran beliau ialah murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah ini.



Ceramah Motivasi pada waktu malam bermula pada pukul 8.30pm hingga 10.30pm. Ceramah ini adalah untuk ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity