INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Wednesday, September 29, 2010

Penggredan PSS Tahun 2010


(29-9-2010) Hari ini, En Shafi'e Bin Diron (Pegawai Teknologi Pendidikan) dari PKG Johol telah datang ke sekolah kami untuk membuat penggredan PSS. Guru PSS, Pn. Lee Pauy Lian telah memberi penerangan sepanjang pemantauan dijalankan.

Tuesday, September 28, 2010

Hari Jadi Guru dan Murid Bulan Ogos dan Sept


Pihak sekolah telah memberi hadiah kepada guru dan murid yang Hari Jadi jatuh pada bulan Ogos dan September.

Monday, September 27, 2010

PESTA TANGLUNG 2010

Pemenang Mereka Tanglung ( Murid Tahun 4, 5 dan 6 )
Pemenang Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3

(24-9-2010) Sekolah kami telah mengadakan Pesta Tanglung pada malam ini. Beberapa pertandingan telah dijalankan pada hari ini, seperti Pertandingan Mereka Tanglung, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Menyanyi Karaoke, Pertandingan Catur dan Pertandingan Meneka Kacang. Pesta Tanglung pada malam ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa.

Friday, September 3, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaaan

Sempena Bulan Patriotik, pihak sekolah telah mengadakan perhimpunan khas untuk menyambut Hari Kebangsaan. Semua guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu patriotik. Selain itu, setiap kelas juga membuat persembahan bertemakan lagu patriotik.

Ceramah Kecemerlangan UPSR Tahun 2010

(28-8-2010 ) Sekolah kami telah mengadakan Ceramah Kecemerlangan UPSR Tahun 2010 untuk murid Tahun 6 pada pukul 2.30pm hingga 5.30pm. Ceramah ini bertujuan memotivasikan murid-murid untuk menghadapi UPSR yang bakal tiba.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity