INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, July 30, 2012

MAJLIS IKHTIFAL SJK (C/A/T) DAERAH KUALA PILAH

Terdapat 5 orang murid Islam telah menyertai Majlis Ikhtifal SJK (C/A/T) Daerah Kuala Pilah.

Tuesday, July 24, 2012

Minggu PSS Tahun 2012

Minggu PSS telah diadakan pada 9-13 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu itu.

Sudut Pameran

Pameran Hasil Guru -BBM

Pameran Hasil Kerja Murid

Aktiviti Jualan

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR telah diadakan pada 12 Julai 2012.


Kecemerlangan Sekolah

Murid-murid yang mewakili sekolah dalam acara lumba lari berganti-ganti telah mendapat pingat dan ganjaran.

Program Guru Penyayang

Guru-guru dan murid-murid meraikan hari lahir bersama-sama. Selamat Hari Lahir!

Wednesday, July 11, 2012

Pertandingan Bercerita & Syarahan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah Tahun 2012

Pertandingan Bercerita & Syarahan Bahasa Malaysia Peringkat Sekolah telah diadakan pada 11 Julai 2012.



Tuesday, July 10, 2012

Program 1M1S

Program Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan di sekolah pada 10 Julai 2012.

Melukis mural

Guru-guru Prasekolah dari daerah Kuala Pilah bersama-sama menghasilkan sebuah mural di sekolah kami. Syabas!

Program Kitar Semula

Pihak sekolah telah menyertai Program Kitar Semula untuk menjaga bumi kita yang sudah sakit. Sayangilah Bumi Kita!

Hari Jadi Guru dan Murid bulan Julai

Guru-guru dan murid-murid yang meraikan hari jadi bagi bulan Julai telah diberikan hadiah.

Monday, July 2, 2012

Sambutan Hari Guru Tahun 2012

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Dewan Besar Dangi. Cikgu Ong telah mendapat cenderamata atas perkhidmatan beliau selama 10 tahun di sekolah ini.




Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri

Sin Cai hong telah menyertai Pertandingan Bercerita manakala Ng Zhe Yin menyertai Pertandingan Kaligrafi dalam Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri. Mereka berdua telah mendapat sagu hati.

Pertandingan Bina Ayat dan Menulis Karangan BC Peringkat Sekolah

Panitia Bahasa Cina telah mengadakan Pertandingan Bina Ayat bagi murid Tahun 1-3 dan Pertandingan Menulis Karangan bagi muird Tahun 4-6. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengembangkan pemikiran murid dalah penulisan. Tahniah kepada semua pemenang!

Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah

Murid-murid Tahun 3 hingga 6 telah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah. Semoga bakat murid dapat dicungkil melalui aktiviti yang dijalankan.

Pertandingan Spelling Daerah Kuala Pilah

Sin Cai Hong telah menyertai Pertandingan Spelling Daerah Kuala Pilah dan diberikan sijil penyertaan.

Ceramah Kecemerlangan UPSR BI Daerah Kuala Pilah

Murid-murid Tahun 6 telah menghadiri Ceramah Kecemerlangan UPSR - BI (SJKC) Daerah Kuala Pilah pada 29 Jun 2012. Semoga murid-murid dapat mempelajari kemahiran menjawab soalan BI Kertas 2 dalam UPSR.


Pertandingan Syarahan Daerah Kuala Pilah

Sin Cai Hong dan Lee Wan Jing telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Kuala Pilah. Tahniah diucapkan kerana mendapat sagu hati.

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Murid

Jururawat dari Pusat Kesihatan Pergigian Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid. Murid-murid juga diberikan pendedahan tentang cara menggosak gigi yang betul.



Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity