INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, August 23, 2010

Latihan kawad kecemasan dan kebakaran kali ke-2

Pihak sekolah telah mengadakan latihan kawad kecemasan dan kebakaran kali kedua untuk meningkatkan kesedaran murid. Murid-murid juga belajar cara menggunakan alat pemadam api.

Wednesday, August 18, 2010

Rawatan Pergigian Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah



Pihak Pergigian Kuala Pilah telah datang ke sekolah untuk memberi rawatan pergigian kepada murid-murid. Selain itu, mereka juga memberi latihan menggosok gigi kepada murid-murid.

Tuesday, August 17, 2010

Misteri




( 17-8- 2010 ) Apa itu? Mengapa ini boleh wujud di sekolah kami? Pada pagi ini, sekolah kami telah muncul sebuah perigi. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, Guru Besar dan Pihak LPS dengan segera mencari akal menutup semula perigi tersebut. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga untuk menyelesaikan masalah ini.

Monday, August 16, 2010

PERADUAN MENGARANG BAHASA CINA PERINGKAT KEBANGSAAN


Pihak sekolah telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai Peraduan Mengarang Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan.

PROGRAM KEMBARA FILEM PATRIOTIK & CERAMAH 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2010 PERINGKAT PPD KUALA PILAH



( 10-8-10 ) Pada pagi ini, Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Cikgu Lim Chin Nah telah membawa 4 orang murid untuk menyertai program tersebut. Diharapkan melalui program ini dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid.

Slogan Murid Tahun 6


Murid-murid Tahun 6 telah berusaha membina sebuah slogan untuk memberi semangat dan keyakinan kepada diri sendiri. Mereka berharap semua murid boleh lulus dalam semua subjek dan mencapai keputusan yang baik dalam UPSR. Selain itu, setiap kelas juga mempunyai slogan masing-masing. Setiap pagi, murid-murid akan menyebut slogan sebelum guru bermulakan P & P dalam kelas untuk memberi semangat pada diri mereka.

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Kokurikulum -Masakan Hutan



( 21-7-2010 ) Pada pukul 2.30pm, semua ahli badan beruniform telah berkumpul di kantin untuk menyediakan masakan dapur dan masakan hutan. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah supaya murid-murid dapat belajar berdikari.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity