INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Friday, February 25, 2011

Kawad Kecemasan dan Kebakaran Kali 1 Tahun 2011

Pihak sekolah telah mengadakan kawad kecemasan dan kebakaran kali pertama untuk meningkatkan kesedaran murid sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran di sekolah.

Monday, February 21, 2011

Pertandingan Acara Balapan di SK Dangi

Sekolah kami telah menghantar kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dalam pertandingan acara balapan di SK Dangi. Kedua-dua kumpulan ini telah mendapat sagu hati.

说好话比赛 Pertandingan Percakapan Baik

Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid, iaitu Che Wen Suet (Tahun 6) dan Lee Wan Jing (Tahun 1) untuk menyertai Pertandingan Percakapan Baik.

Lee Wan Jing telah mendapat Johan dalam Pertandingan Percakapan Baik. Tahniah diucapkan!

Saturday, February 19, 2011

Taklimat Sekolah Penyayang Negeri Sembilan

Penyelia Bahasa Cina telah datang ke sekolah kami dan memberi taklimat tentang Program Sekolah Penyayang.

Tuesday, February 1, 2011

Aktiviti Menyambut Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina, semua warga sekolah telah mendapat "angpao" dan buah limau sumbangan daripada seorang penjaga yang murah hati. Terima kasih kepada beliau.
Guru Besar telah menerima buah limau dan "angpao" bagi pihak guru.

Aktiviti Menyambut Tahun Baru Cina- Mereka Cipta Kad

Guru-guru mengambil gambar bersama murid-murid yang berjaya mencipta kad ucapan yang kreatif.

Pemenang-pemenang Tahap 2

Pemenang-pemenang Tahap 1

Hasil murid yang cantik dan kreatif.

Pertandingan Ping Pong Daerah Kuala Pilah

Pasukan bergu lelaki di sekolah kami telah mendapat johan dalam Pertandingan Ping Pong Daerah Kuala Pilah. Tahniah diucapkan!


Foo Keng Zhou telah mendapat tempat ketiga dalam kategori perseorangan lelaki.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity