INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Sunday, May 30, 2010

Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Negeri Sembilan



(22-5-10) Chan Suet Wei telah mendapat tempat keenam dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Negeri Sembilan, manakala Chu wen Suet pula mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut. Kedua-dua murid tersebut telah dilatih oleh Cikgu Won.

Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Sekolah

( 26-5-10 ) Pada pukul 2.30 petang ini, Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Cina telah diadakan. Banyak ibu bapa telah datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut di samping memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita manakala murid Tahun 5 dan 6 pula mengambil bahagian dalam Pertandingan Syarahan. Berikut ialah pemenang-pemenang bagi setiap tahun.

Thursday, May 20, 2010

Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah Malaysia NS


Pada 5-6 Mei 2010, Guru Besar dan Cikgu Choong telah membawa Foo Siong Jing dan Foo Keng Zhou untuk menyertai Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah Malaysia Negeri Sembilan bagi pasukan lelaki bawah 12 tahun.

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sembilan


( 15 Mei 2010 ) Cikgu Tong telah menghantar Esther Arrysha untuk menyertai Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sembilan.

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru




(14-5-10) Pada pagi ini, semua guru dan murid menyambut Hari Guru tahun 2010 bersama-sama. Beberapa aktiviti telah diadakan sempena sambutan Hari Guru seperti pertandingan bola keranjang antara guru dan murid, telematch antara rumah, gotong-royong, mereka cipta poster hari guru dan menonton video bermotivasi. Lihatlah hasil kerja guru dan murid yang begitu kreatif dan menarik.

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010


( 14-5-2010 ) Pada pagi ini, sekolah kami telah mengadakan perhimpunan khas untuk menyambut Hari Guru. Guru Besar dan GPK HEM telah membaca perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran.

Pertandingan Pelajar-pelajar Islam SJKC Daerah Kuala Pilah 2010


( 8 -5-2010 ) Pihak sekolah telah menghantar dua orang murid melayu untuk menyertai Pertandingan Pelajar-pelajar Islam SJKC Daerah Kuala Pilah di bawah bimbingan ustaz.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 dan Program Canang


( 10-5-2010 ) Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula pada minggu ini untuk murid Tahun 1 hingga 6, manakala Ujian Program Canang juga diadakan untuk murid Tahun 6 mulai 11-5-2010 hingga 13-5-2010. Semoga murid-murid mendapat keputusan yang baik dalam ujian kali ini.

Friday, May 14, 2010

Pengenalan Hari Guru 16-5-2010

Pengenalan Hari Guru 2010 | 2010年教师节庆典简介
Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
--------------------------------------------------------------------------------
Logo Hari Guru 2010
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah
--------------------------------------------------------------------------------
Objektif
-Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
-Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Saturday, May 8, 2010

Ceramah Motivasi Untuk Guru-Guru SJKC Kuala Pilah教师激励讲座会

CERAMAH MOTIVASI UNTUK GURU



( 7-5-2010 ) En. Liew Weng Kong memberi ceramah motivasi kepada guru-guru SJKC Daerah Kuala Pilah pada pukul 2.00pm hingga 5.00pm. Guru Besar dan guru-guru dari 10 buah sekolah SJKC Daerah Kuala Pilah telah menghadiri ceramah tersebut. Melalui ceramah ini, guru-guru mendapat ilmu bagaimana menjadi seorang guru yang bergembira selalu dan berpotensi tinggi.

Program Anak Angkat爱心领养计划


Sebelum menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, Guru Besar telah memberi taklimat kepada murid-murid Tahun 6 untuk memotivasikan mereka. Setiap guru telah diagihkan seorang anak angkat untuk membantu mereka dalam pelajaran.

Tuesday, May 4, 2010

Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid bagi Bulan April dan Mei庆祝老师与学生的生日

Selamat Hari Jadi kepada guru-guru dan murid-murid yang hari lahir jatuh pada bulan April dan Mei.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala PIlah

( 3-5-2010 ) Lei Zhi Guang, Wong Zhi Xin, Wee Mei Sue dan Phang Wei Xiang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah.

Pertandingan Bercerita Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah

(3-5-2010 ) Sin Chai Hong telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Cina Peringkat Daerah Kuala Pilah.
Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity