INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Thursday, June 16, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar

Pada Majlis Persaraan Guru Besar, En. Kok Kun Sun, banyak tetamu telah menghadiri majlis tersebut termasuk, Penyelia, guru-guru besar dari daerah Kuala Pilah dan Jempol, PIBG sekolah, keluarga Guru Besar, anak murid Guru Besar sejak 30 tahun dahulu dan kawan-kawan Guru Besar. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan. Kata-kata Guru Besar akan terus kekal dalam ingatan kita.

Majlis Persaraan Guru Besar

Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Besar pada 15 Jun 2011. Majlis tersebut telah meninggalkan kenangan manis kepada Guru Besar dan para hadirin. Jasamu akan dikenang selama-lamanya!

Sambutan Hari Jadi Guru dan Murid Bulan Jun

Guru dan murid yang hari lahirnya pada bulan Jun telah diberikan satu botol air sebagai hadiah hari jadi. Selamat Hari Jadi!

GPK1 telah memberikan hadiah hari jadi kepada Guru Besar.

Wednesday, June 15, 2011

Kem Motivasi Tahun 6 Peringkat Daerah Kuala Pilah

Murid-murid Tahun 6 telah menyertai Kem Motivasi Tahun 6 Peringkat Daerah Kuala Pilah. Setiap murid telah diberikan sijil penyertaan.

Program Bacaan Surat Khabar "The Star"

PPD telah melancarkan Program Newspaper In Education supaya murid-murid dapat memantapkan Bahasa Inggeris. Setiap minggu pada hari Khamis, murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 akan diberikan The Star sebagai bahan bacaan.

Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity