
(30-10-09) Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Melayu telah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 4 telah mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bercerita. Murid-murid Tahun 5 dan 6 pula mengambil bahagian dalam kategori pertandingan bersyarahan.
Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina

(15-7-2009) Pada pukul 2.30 petang, Pertandingan Bercerita dan Bersyarahan Bahasa Cina telah diadakan di dewan sekolah. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu kategori pertama terdiri daripada murid-murid Tahun 1 dan 2 yang menyertai pertandingan bercerita. Kategori kedua terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4 yang juga menyertai pertandingan bercerita manakala murid-murid Tahun 5 dan 6 menyertai pertandingan bersyarahan.
Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
Pada hari Rabu yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori pertama ialah murid-murid Tahun 1 & 2. Kategori kedua ialah murid-murid Tahun 3 & 4. Kategori ketiga ialah murid-murid Tahun 5 & 6. Setiap kelas menghantar 4 orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.
No comments:
Post a Comment