Mulai Bulan Mei, pada setiap Hari Rabu, sekolah kami akan mendapat 20 naskah "Mingguan Pelajar Nanyang". Akhbar tersebut didermakan oleh seorang Guru Besar yang telah bersara. Akhbar tersebut akan diberi kepada semua murid Tahun 6. Isi kandungan akhbar tersebut amat bermanfaat kepada murid-murid Tahun 6 kerana terdapat banyak latihan berbentuk UPSR.
Setiap hari Rabu ialah
"English Day". Pada hari tersebut, murid-murid dikehendaki berkumpul di tapak bangunan dan membaca bahan bacaan ‘ Learn A Word A Day ’. Semua murid duduk bersama mengikut Tahap I dan Tahap II. Setelah murid-murid belajar 10 perkataan, Spelling juga akan diadakan pada pagi tersebut.
No comments:
Post a Comment