INFO SJKC PEI CHUN DANGI
BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI
Sunday, November 29, 2009
Friday, November 27, 2009
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 2009

(25-11-09) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknopen Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2009 di BTPN Port Dickson. Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Laman Web PSS dan berjaya mendapat sagu hati dalam pertandingan tersebut. Laman web tersebut adalah dibina oleh Pn Lee Pauy Lian (Guru Perpustakaan Dan Media), Cik Lim Chin Nah (Guru BBM) dan Cik Lim Kwee Fang (Guru Audio Visual).
Labels:
Kecemerlangan Sekolah
Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

(24-11-09) Pada pagi ini, Cikgu Low Wee Meng, Cikgu Lim Chin Nah, Cikgu Lim Hong Ming dan Cikgu Lim Kwee Fang telah mengiringi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 untuk melawat ke Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang dikunjungi termasuklah Petrosains di KLCC, Kilang Chocolate, Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia, KL Bird Park dan Muzium Polis Diraja Malaysia.
Labels:
Aktiviti Tahunan
Saturday, November 21, 2009
Majlis Perpisahan Tahun 6
Semua guru sekolah mengambil gambar bersama murid-murid Tahun 6 Tahun 2009
(19-11-09) Sekolah kami telah mengadakan majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun 6. Selepas jamuan, Guru Besar telah mengumumkan keputusan UPSR. Teoh Yi Ling telah berjaya mendapat 6A 1B.
(20-11-09) PIBG sekolah kami dan murid-murid Tahun 6 telah menderma sebuah meja batu untuk sekolah. Meja batu tersebut telah diletak di bawah pokok taman penyayang untuk murid-murid berehat dan sebagai sudut membaca.
Labels:
Aktiviti Tahunan
Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka


(18-11-09) Cikgu Tong Pee Yinn ( GPK HEM ) dan Cikgu Chong Yee Ming ( GPK KOKO ) telah mengiringi 18 orang murid untuk menyertai Program RIMUP, iaitu lawatan sambil belajar ke Melaka. Program ini melibatkan murid-murid dari SK Dato Inas, SK Dangi dan SK Senibai. Tempat-tempat yang dikunjungi termasuk Zoo Melaka, Mini Malaysia dan Dataran Pahlawan.
Labels:
Aktiviti Tahunan
Thursday, November 19, 2009
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Tahun 2009
(17-11-09) Sekolah kami telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada pukul 7.30 malam. Semua AJK LPS dan PIBG telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid. Selepas majlis penyampaian hadiah, murid-murid telah mempersembahkan beberapa acara. Antara acara yang dipersembahakan ialah Tarian Budaya Cina, Mendeklamasi Sajak, Tarian Mexico, Tarian Melayu, Nyanyian Solo dan Berkumpulan serta lain-lain lagi. Majlis ini berjalan dengan lancar.
Labels:
Aktiviti Tahunan
Subscribe to:
Posts (Atom)



