INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Monday, July 2, 2012

Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri

Sin Cai hong telah menyertai Pertandingan Bercerita manakala Ng Zhe Yin menyertai Pertandingan Kaligrafi dalam Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri. Mereka berdua telah mendapat sagu hati.

Pertandingan Bina Ayat dan Menulis Karangan BC Peringkat Sekolah

Panitia Bahasa Cina telah mengadakan Pertandingan Bina Ayat bagi murid Tahun 1-3 dan Pertandingan Menulis Karangan bagi muird Tahun 4-6. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengembangkan pemikiran murid dalah penulisan. Tahniah kepada semua pemenang!

Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah

Murid-murid Tahun 3 hingga 6 telah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah. Semoga bakat murid dapat dicungkil melalui aktiviti yang dijalankan.

Pertandingan Spelling Daerah Kuala Pilah

Sin Cai Hong telah menyertai Pertandingan Spelling Daerah Kuala Pilah dan diberikan sijil penyertaan.

Ceramah Kecemerlangan UPSR BI Daerah Kuala Pilah

Murid-murid Tahun 6 telah menghadiri Ceramah Kecemerlangan UPSR - BI (SJKC) Daerah Kuala Pilah pada 29 Jun 2012. Semoga murid-murid dapat mempelajari kemahiran menjawab soalan BI Kertas 2 dalam UPSR.


Pertandingan Syarahan Daerah Kuala Pilah

Sin Cai Hong dan Lee Wan Jing telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Kuala Pilah. Tahniah diucapkan kerana mendapat sagu hati.

Pemeriksaan Kesihatan Pergigian Murid

Jururawat dari Pusat Kesihatan Pergigian Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid. Murid-murid juga diberikan pendedahan tentang cara menggosak gigi yang betul.



Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity