Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Dewan Besar Dangi. Cikgu Ong telah mendapat cenderamata atas perkhidmatan beliau selama 10 tahun di sekolah ini.
Sin Cai hong telah menyertai Pertandingan Bercerita manakala Ng Zhe Yin menyertai Pertandingan Kaligrafi dalam Karnival Bahasa Cina Peringkat Negeri. Mereka berdua telah mendapat sagu hati.
Panitia Bahasa Cina telah mengadakan Pertandingan Bina Ayat bagi murid Tahun 1-3 dan Pertandingan Menulis Karangan bagi muird Tahun 4-6. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengembangkan pemikiran murid dalah penulisan. Tahniah kepada semua pemenang!
Murid-murid Tahun 3 hingga 6 telah menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah. Semoga bakat murid dapat dicungkil melalui aktiviti yang dijalankan.
Murid-murid Tahun 6 telah menghadiri Ceramah Kecemerlangan UPSR - BI (SJKC) Daerah Kuala Pilah pada 29 Jun 2012. Semoga murid-murid dapat mempelajari kemahiran menjawab soalan BI Kertas 2 dalam UPSR.
Sin Cai Hong dan Lee Wan Jing telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah Kuala Pilah. Tahniah diucapkan kerana mendapat sagu hati.
Jururawat dari Pusat Kesihatan Pergigian Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap murid. Murid-murid juga diberikan pendedahan tentang cara menggosak gigi yang betul.