Monday, September 19, 2011
Perhimpunan Khas Hari Malaysia
Sempena Hari Malaysia, perhimpunan khas telah diadakan di sekolah. Setiap warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan murid-murid dapat disemai semangat patriotik melalui perhimpunan khas ini.

Tuesday, September 13, 2011
Pesta Tanglung 2011
Pada 9 September 2011, pihak sekolah telah mengadakan Pesta Tanglung. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya adalah pertandingan mewarna yang terbuka kepada kanak-kanak bawah 7 tahun, teka-teki, pertandingan karaoka dan lain-lain lagi. Pesta Tanglung tersebut telah berjalan dengan lancar.

