Pihak sekolah telah mengadakan kawad kecemasan dan kebakaran kali pertama untuk meningkatkan kesedaran murid sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran di sekolah.
Sekolah kami telah menghantar kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dalam pertandingan acara balapan di SK Dangi. Kedua-dua kumpulan ini telah mendapat sagu hati.
Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid, iaitu Che Wen Suet (Tahun 6) dan Lee Wan Jing (Tahun 1) untuk menyertai Pertandingan Percakapan Baik. Lee Wan Jing telah mendapat Johan dalam Pertandingan Percakapan Baik. Tahniah diucapkan!
Sempena Tahun Baru Cina, semua warga sekolah telah mendapat "angpao" dan buah limau sumbangan daripada seorang penjaga yang murah hati. Terima kasih kepada beliau. Guru Besar telah menerima buah limau dan "angpao" bagi pihak guru.
Pasukan bergu lelaki di sekolah kami telah mendapat johan dalam Pertandingan Ping Pong Daerah Kuala Pilah. Tahniah diucapkan! Foo Keng Zhou telah mendapat tempat ketiga dalam kategori perseorangan lelaki.