( 28-7-2010 ) En. Liew Weng Kong telah memberi ceramah motivasi kepada guru-guru SJKC Kuala Pilah. Tujuan motivasi ini adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan gembira dan penuh kasih sayang. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan gembira.
Thursday, July 29, 2010
Ceramah Motivasi Untuk Guru-Guru SJKC Kuala Pilah
( 28-7-2010 ) En. Liew Weng Kong telah memberi ceramah motivasi kepada guru-guru SJKC Kuala Pilah. Tujuan motivasi ini adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan gembira dan penuh kasih sayang. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan gembira.
Bulan Kecergasan
Majlis Perasmian Program " Local Lagenda " Majlis Daerah Kuala Pilah 2010
( 27 Jul 2010 ) Sekolah kami telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Peringkat Sekolah Rendah Sempena Program LA 21 Majlis Daerah Kuala Pilah 2010. Sekolah kami telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan tersebut. Pn. Lee Pauy Lian telah mewakili Guru Besar untuk menerima hadiah.
Menyambut Hari Jadi Guru Bagi Bulan Julai
Thursday, July 22, 2010
Minggu PSS
(16-7-2010) Sekolah kami telah mengadakan Minggu PSS sepanjang minggu ini. Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan Matematik bertulis, Pertandingan ICT, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan Mereka Bentuk. Selain itu, PSS juga mengadakan pelbagai pameran seperti pameran hasil kerja murid dan pameran buku baru. Aktiviti jualan juga diadakan dan telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid.
Thursday, July 15, 2010
PERTANDINGAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH SEMPENA PROGRAM LA 21 MAJLIS DAERAH KUALA PILAH 2010
Majlis Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula Peringkat Sekolah Rendah Sempena Program La 21 Majlis Daerah Kuala Pilah 2010 bermula pada 30 Jun 2010 ( Isnin ) hingga 20 Julai 2010 ( Jumaat ). Sekolah kami telah menyertai program tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa dan murid-murid. Diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat menyemai nilai cintai alam sekitar.
Wednesday, July 7, 2010
Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid Bagi Bulan Jun dan Julai
Promosi PSS
( 28-6-2010 ) PSS Sekolah telah mengadakan aktiviti Promosi PSS. Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan aktiviti Mengenali Galeri Sejarah Sekolah. Aktiviti-aktiviti minggu ini termasuk pameran photo dari dulu hingga kini, mengenali tempat bersejarah di Dangi dan sejarah sekolah. Selain itu, pertandigan buku skrap juga diadakan untuk murid tahun 4 hingga 6.