Monday, March 29, 2010
Kumpulan Pencinta Alam
Sekolah kami telah memilih 8 orang murid sebagai AJK Pencinta Alam untuk mengutip kertas yang dibuang oleh murid untuk kitar semula. Setiap hari Jumaat, mereka akan mengutip bahan buangan terpakai dari setiap kelas dan pejabat guru. Selepas itu, Cikgu Lim Kwee Fang akan menghubungi pihak kitar semula untuk mengumpulkan bahan tersebut.
Saturday, March 27, 2010
Thursday, March 25, 2010
Taman Penyayang
Taman Bunga Tahun 1 .JPG)
Kebun Sayur Tahun 2

Taman Bunga Tahun 3

Setiap kelas mempunyai taman masing-masing. Taman bunga Tahun 1 berada di sebelah bilik Tahun 1, kebun sayur Tahun 2 berada di sebelah bilik darjah mereka, taman bunga Tahun 3 pula bersebelahan tandas sekolah. Setiap hari Selasa dan Jumaat pada pukul 7.20am hingga 7.45am, murid-murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti berkebun mengikut taman masing-masing.
Kebun Sayur Tahun 2
Taman Bunga Tahun 3
Setiap kelas mempunyai taman masing-masing. Taman bunga Tahun 1 berada di sebelah bilik Tahun 1, kebun sayur Tahun 2 berada di sebelah bilik darjah mereka, taman bunga Tahun 3 pula bersebelahan tandas sekolah. Setiap hari Selasa dan Jumaat pada pukul 7.20am hingga 7.45am, murid-murid akan mengambil bahagian dalam aktiviti berkebun mengikut taman masing-masing.
Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid Bagi Bulan Mac
( 23-3-2010 ) Pihak sekolah telah memberi hadiah kepada murid-murid yang hari jadinya jatuh pada bulan Mac. Pihak PIBG juga memberi hadiah kepada guru-guru dan menyambut hari jadi guru bagi bulan Mac. Hari Jadi Cikgu Lim Kwee Fang telah jatuh pada 24hb Mac, Hari Jadi Cikgu Won Siew Knew jatuh pada 23hb Mac dan Hari Jadi Cikgu Choong Yee Ming pula jatuh pada 18hb Mac. Guru Besar dan semua guru telah dijemput untuk menyambut bersama-sama.
Pokok Penyayang Sekolah
Majlis Perasmian UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah
Sudut Membaca untuk Ibu bapa, Guru-guru dan Murid-murid
Setiap hari pada waktu rehat, murid-murid akan mengambil kesempatan untuk membaca di sudut membaca yang ada di koridor membaca. Murid-murid juga diberi peluang berdiri di atas pentas bercerita yang direka khas untuk murid-murid membuat latihan sebelum pertandingan.
Sudut Program Sekolah Penyayang
Lihatlah hadiah-hadiah ini, menariknya! Harap semua murid dapat memperolehnya.
Pertandingan Melukis dan Mewarna
Tuesday, March 9, 2010
Monday, March 8, 2010
Sunday, March 7, 2010
Kejohanan Olahraga Tahunan 2010

( 6-3-2010 ) Sekolah kami telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan di padang SK Dangi. Murid-murid dibahagi kepada 3 rumah, iaitu rumah merah, rumah kuning dan rumah biru. Terdapat 18 acara balapan dan 13 acara telematch telah dipertandingkan. Selain itu, terdapat juga acara telematch terbuka kepada kanak-kanak dan ibu bapa. Rumah kuning telah menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan 2010.
Thursday, March 4, 2010
Menyambut Hari Jadi Guru ( Bulan Jan dan Feb )
Sekolah kami telah menyambut hari jadi guru bagi bulan Jan dan Feb. Hari Jadi Cikgu Liew Kim Fong (GPK 1) telah jatuh pada 27 hari bulan Jan, Hari Jadi Cikgu Lee Pauy Lian jatuh pada 28 hari bulan Jan dan Hari Jadi Cikgu Ong Guat Chin pula jatuh pada 2 hari bulan Feb. Semua guru telah dijemput untuk menyambut bersama-sama.