INFO SJKC PEI CHUN DANGI

BERIKUT IALAH BERITA TERKINI SJKC PEI CHUN DANGI

Tuesday, November 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada 20 November 2010, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Genting.

Thursday, November 18, 2010

Majlis Perpisahan Tahun 6

(18-11-2010) Murid-murid Tahun 6 telah mengadakan Majlis Perpisahan pada hari ini. Semua guru dan pekerja telah dijemput menghadiri majlis tersebut. Murid-murid Tahun 6 telah menghadiahi guru-guru anak patung sebagai tanda penghargaan. Semoga murid-murid Tahun 6 sentiasa mengenang jasa budi guru-guru dan terus berusaha.

Wednesday, November 17, 2010

Majlis Ucapan Dan Penyampaian Hadiah

Majlis Ucapan Dan Penyampaian Hadiah di sekolah kami telah diadakan pada 15 November 2010. Pada malam ini, pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh murid-murid. Majlis pada malam ini telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada ibu bapa.

Program Lepas UPSR Tahun 6

Murid-murid Tahun 6 telah mengadakan Jualan Amal sebagai salah satu Program Lepas UPSR. Wang yang diperoleh dalam Jualan Amal ini akan digunakan dalam Majlis Perpisahan Murid Tahun 6.

Latihan Dalam Perkhidmatan KSSR

Semua guru telah menghadiri LDP tentang KSSR. Tujuan LDP ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang KSSR yang akan digunakan pada tahun depan.

Pertandingan Mewarna Anjuran Pendidikan Islam


Murid-murid Tahap 1 yang beragama Islam telah menyertai Pertandingan Mewarna Anjuran Pendidikan Islam.

Tuesday, November 9, 2010

Menyambut Hari Jadi Guru dan Murid 庆祝老师与学生的生日

Pihak sekolah telah menyambut Hari Jadi Guru dan Murid bagi bulan Oktober dan November.

Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia

(8-11-2010) Pihak sekolah telah melancarkan Program Kem Membaca 1 Malaysia. Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk menggalakkan murid-murid lebih membaca. Semua murid telah mendapat sijil penyertaan.



Law Pei Li ialah murid yang membaca terbanyak di sekolah ini.

Tuesday, November 2, 2010

Hari Anugerah Perkhidmatan

Murid-murid telah diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun ini.

Ketua Darjah dan Penolong

Pengawas 2010

Pengawas Perpustakaan


Template by: Abdul Munir
Website: 99computercity